Tuesday 2 August 2011

Bayi Bercabang 8 kembali normal




Lakshmi Tatma, seorang anak dari desa pertanian miskin di India 
dianggap sebagai titisan Dewa Hindu utuk kemakmuran dan kesuburan 
kerana mempuyai keanehan fizik iaitu mempunyai 4 tangan dan 4 kaki. 
Orang- orang memujanya dengan menaruh hadiah di samping tempat 
tidurnya setiap hari. Tapi hal itu tidak membuat hidupnya senang, 
kerana ia harus membayar mahal “karnia” itu. Dia tak boleh berjalan, 
duduk dan berdiri. Kembarnya yang berhenti tumbuh tanpa ada kepala.
 Jadi menempel pada tubuh laksmi dan disebut sebagai kembar parasit.

Orang tua Lakshmi memilih untuk melakukan pembedahan gadis malang 
itu 2 tahun lalu agar dia boleh terpisah dari kembar parasitnya. Dan 
setelah melalui operasi selama 27 jam kini fiziknya hampir sempurna. 
Dia boleh berdiri dan berjalan di atas dua kakinya. Hal yang sangat
 mustahil dilakukan sebelum operasi. Kini 2 tahun sudah berlalu dan 
Lakshmi boleh masuk sekolah dan bermain seperti anak- anak lainnya. 
Tapi masalah ternyata belum selesai, Lakshmi masih memerlukkan 
beberapa operasi lanjutan untuk menghindarkannya dari cedera 
tulang belakang scoliosis pada ketika dia tumbuh dewasa nanti.

Tuesday 7 June 2011

benarkah 3 OGOS 2012 bakal berlakunya huru hara??? NAUZUBILLAH...

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Monday 11 April 2011

kalau tuhan tu baik, kenapa buat Neraka??

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
renung2 kn dan selamat beramal~~~

apa yg lelaki suka dan tak suke tentang perempuan...jom check it out!!!

Lelaki suka:
  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki Tak Suka:
  • Wanita yang suka mengumpat
  • Sombong dan bongkak
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Sunday 10 April 2011

1st April in Thailand

assalamualaikum kwan2....ari aku nk cter psl aku g holiday kt HATYAI n SONGKLA, Thailand...best sgt, satu pengalaman yang x mgkin aku lupakan...view pic2 kt bwh ek...:)

ni kwn2 yg join skali p thai
ni tmpt shopping- Nora Plaza
aku ngn rossa duk posing ngn topi..haha
ni lg mkin rmai lak yg try...hihi
ni aku,, tuan kdai dh tgk semcm dh..sabo je la huhu
ni kt kilang Gajus
ni pn same, byk mknn yg dijual kt sni...plih2 jek hihi
antara yg dpt aku cmpk msuk lm bakui...
men ambik je aku ni..huhu
lunch time!!! smpt lg posing hihi
ni stadium kt songkla
ni pemandangan dr jauh bukit tang huan
ni kt kaki bukit Tang Kuan 
tiket nak nek bukit tang huan
30 bath (RM 3 je)
ni pemandangan dr ats bukit..
cantik kn??
Pemandgan Pantai Shamila dr ats bukit 
ni aku yg tgh posing...hihi
aku ngn kawan2...
terbang di awanagan

teropong skit hoho!!

yum2 ais krim kelapa..best sgt!!!
kena try ni ek...

ni lak org kt sne pggil floating market..
mybe dia pggil cm 2 sbb org jual ats bot kot lm sungai lak 2..
ramai org kt sni,, mknn pun best2...
rugi x try..
hrga mknn kt sni smua 20 bath je..
murah kn??
mak cik ni jual air dlm bks tnh liat kot..
murah jer
aku try minum, mmg best...
n gelas 2 leh bwk blik..
best kn??
 ermm 2 serba sedikit gambo2 yg aku smpat ambik semasa kt sne...mmg best a g sne, rase cm nk pegi lg jer...insyaalah klu ade rezeki n mase aku akn pegi lg...kawan2 jommm join aku pegi Thailand...
besttttt sgt...klu korang tertarik ngn tmpt2 di ats 2, cpt2 la pegi thailand, leh korang sendiri menikmatinya...
mmg menyeronokkan dan saya amat sukakannya....hihi




Friday 8 April 2011

31 march 2011 dlm kenagan...

hai kwn2...ni aku k cter skit time bufday aku...31 mac 2011 ari 2 bufday aku hihi...(happy bufday mila). tp bufday kali ni sungguh bermakna bg aku dan akn terpahat dalam ingatan aku smpai bila2...banyak sgt kejadian yang berlaku ari 2...ade happy, sedih, terharu, teruja dan mcm2 lg la...huhuhu


firstly, aku happy n teruja sgt sebab ramai kawan2 yg wish bufday aku...maknenye, ramai lg la kawan2 aku yg msih ingtkan aku...thanks sgt2 kwn, aku hargai sgt setiap wish yg korang ucapkan 2...dan aku amat sukakannya..hohohoho...
secondly, aku rase happy n terharu sgt2 bila aku dapat tau yg kawan2 aku de buat suprise party utk aku...
hahaha pandai korang sorok syp2 je ek...smpai aku pn x terfikir  korang nk buat cm2...any way thank u kwn2 terutamanya rumate aku cik asikin yang dh plan nk smbut bufday aku ni...terharu sgt2...THANK YOU KEN..  kt kawan2 aku yg len yg turut serta time kasih byk2 yer...jase kamoo di kenang...


thirthly, u guys teka pe yg buat aku happy sgt ari ni....ermm sebenarnya aku dpt 'anak' bru ari 2 gak hihi...suke sgt2...aikhh!!! korang jgn slh sngka lak aku xkawen g ek...aku dpt ank sedara la...ank abg aku lahir same date bufday aku...hihi pasni aku de tmn la nk celebrate bufday skali...msti lg meriah kn hihi...( biar la aku dh tua pn hihi ).... tahniah kat akak n abang din aku sbb dapat baby boy yg cute sgt...(cute cm aku kot) haha pasan lak...never mine...hoho!! :p 


fourthly, masuk la bab sedih lam hidup aku utk hari 2....korang tau x pe yg aku sedih sgt...petang 2 aku pegi la jln2 ngn rumate aku kat tasik ' MAS ', duk la kt satu tempat 2 nk ambik gambo la kononnye...p kat sne nk duduk la...time nk duduk 2 tibe2 jatuh la satu ' benda' terus ke dasar tasik 2...aku tgok je saat benda 2 jatuh hingga ia hilang dr pandangan..xdapat nk di selamatkn, sedih yg teramat sgt...dalam hati ni nya tuhan je yg tahu...Ya Allah, hilang satu barang yang amat berharga bg aku pada hari kelahiran aku sendiri...tu yg buat aku rasa sedih sgt2...korang tau pe benda 2??? benda 2 adalah FON aku...huhu!!! tp xpe la sabo je la...Mgkin ade hikmah disebalik 2... aku redha atas pemergiannya....
2 la antara cerita yg dapat aku kongsi, 2 semua akan jd satu kenangan dalam hidup aku untuk selama-lamanya....31 MARCH 2011 dalam kenangan.....

Monday 28 March 2011

10 fakta menarik tentang wanita...jom lelaki2 di luar sana ' check it out'...




1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

3.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

4.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

5.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

6.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

7.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!


8.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

9.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

10.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.


ermm lelaki2 di luar sane dh faham ek??? so pe lagi jlnkn tanggungjwab anda supaya aweks2 korang lebih sygkn korang...kpd lelaki yang xde aweks lg leh la intai2 or try usha awek pas ni mne la tau ade yang berkenan kot...leh la korang bahagia bersame selam-lamanya hihihihi....