Monday 28 March 2011

10 fakta menarik tentang wanita...jom lelaki2 di luar sana ' check it out'...




1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

3.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

4.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

5.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

6.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

7.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!


8.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

9.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

10.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.


ermm lelaki2 di luar sane dh faham ek??? so pe lagi jlnkn tanggungjwab anda supaya aweks2 korang lebih sygkn korang...kpd lelaki yang xde aweks lg leh la intai2 or try usha awek pas ni mne la tau ade yang berkenan kot...leh la korang bahagia bersame selam-lamanya hihihihi....

Saturday 26 March 2011

Gempa di Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru

bentuk bumi sebelum dan selepas berlakunya tsunami di Jepun baru-baru ini.
Belum pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus sepenuhnya, kita dikejutkan sekali lagi kehadiran bencana yang melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata, minggu lalu. Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter. Selain berdepan ancaman gempa susulan, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.

kesan daripada berlakunya gempa bumi dan tsunami di Jepun.

  • gempa bumi terbesar di Jepun dan kelima terbesar dalam sejarah dunia dan turt mengubah landskap dan perjalanan bumi.
  • kepualauan Honshu berganjak sehingga 2.4meter 
  • paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.
  • sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam retakan atau rekahan sepanjang 402 kilometer yang membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik.
  • kemungkinan gempa kuat yang mengubah paksi bumi boleh menjadi punca berlakunya Zaman Ais.
  •  menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan. 
  • perubahan yang menyebabkan putaran bumi pada kadar 1.8 juta setiap saat atau 1.8 mikrosaat
  • Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter
  • berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.
  • gegaran itu menenggelamkan paras bentuk muka bumi Jepun dan menjadikan sebahagian negara itu kekal di bawah paras laut.
Gempa bumi Jepun minggu lalu turut mendedahkan risiko yang boleh dialami bandar berpenduduk padat terutama di kawasan berisiko tinggi seperti di sepanjang garisan gelinciran. Berikut lima bandar raya paling berisiko dilanda musibah dahsyat disebabkan kedudukannya yang mana tiga daripadanya di Amerika Syarikat.


  • Tokyo, Jepun
    Wujud betul-betul di persimpangan tiga plat tektonik iatu Plat Amerika Utara, Plat Filipina dan Plat Pasifik. Sejarah panjang ibu negara Jepun itu dan biasa dilanda gempa bumi mendorong bandar raya berkenaan membina perlindungan tektonik ke paras maksimum. Ia juga dikatakan bandar raya paling bersedia di dunia untuk berdepan musibah gempa bumi.

  • Istanbul, Turki
    Gelinciran Anatolian Utara adalah terpanjang di dunia tetapi bandar raya yang menempatkan prasarana lama dan moden itu mendedahkan 13 juta penduduknya dalam risiko tinggi.

    Gegaran berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda Izmit, 101 kilometer dari Istanbul pada 1999 menjadikan bangunan abad ke-20 yang selalunya dibina dengan konkrit bercampur air masin selain tidak menghiraukan kod bangunan, rebah menyembah bumi yang meragut kira-kira 18,000 nyawa. 


  • Seattle, Amerika Syarikat
    Berdepan ancaman gempa bumi besar dan letusan gunung berapi Rainier. Ia terletak di atas sempadan tektonik aktif di sepanjang Plat Amerika Utara, Plat Pasifik dan Plat Juan de Fuca. Pemandangan menakjubkan Gunung Rainier sekadar memberi peringatan yang ia adalah gunung berapi ‘tidur’ atau senyap yang boleh mengatasi Gunung St Helen pada bila-bila masa. 

  • Los Angeles, Amerika Syarikat
    Sejak lebih 700 tahun lalu, gempa bumi kuat melanda wilayah berkenaan setiap 45 hingga 144 tahun. Gempa bumi besar terakhir berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku 153 tahun lalu. Dalam erti kata lain, Los Angeles cuma menanti masa untuk digegarkan dengan satu lagi gempa besar. Gempa bumi seterusnya akan memberi impak buruk, termasuk memberi kesan kepada keseluruhan California Selatan yang didiami penduduk sekitar 37 juta. Bencana alam besar boleh membunuh antara 2,000 dan 50,000 penduduk dan menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion dolar.


  • San Francisco, Amerika
    Mempunyai cuma 800,000 penduduk, San Francisco ialah satu lagi bandar raya besar di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat yang boleh musnah akibat gempa bumi dan tsunami besar. Ia terletak berhampiran bahagian utara Gelinciran San Andreas. Ada beberapa gelinciran kecil yang terletak di seluruh bandar raya itu, meningkatkan kemungkinan gempa bumi dahsyat akan berlaku. 



  • Friday 25 March 2011

    Kajian kiamat sudah dekat....hanya ALLAH yang mengetahui.....

     Assalamualaikum .......

    Mesti korang terkejutkan..neway , just bace dulu n evaluate it later... Allah sahaja yang tahu kebenarannya.

    [Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 
    1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.] 

    * a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun.... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. 
    Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...

    * b) Saintis telah menjumpai <span>sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke 
    bumi...Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. 
    Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..Dan planet ini lebih besar daripada bumi... 
    Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

    * c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007....
    Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan 
    semula Nabi Isa...Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan  hidup selama 40 tahun 
    dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
    Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... 
    Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... 

    * Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji... 
    Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan 
    bahawa 
    umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
    Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
    Cubalah anda kirakan sendiri...

    Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara 
    berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel 
    seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak 
    kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj 
    yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh 
    Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang 
    jangan risau la..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua Islam.


    Wallahua'lam..



    Tuesday 22 March 2011

    ~kau la sahabat, kau la teman....lap u oll~

    ari ni aku nk bercerita skit pasal kawan2 aku ni.......
    ni hah!! contoh la nasi campur korea..
    nmpk cm x lalu nk mkn je kan? tp rase
    perhh,, skali rase nk lagi...
    erm ye ke?? hihi
    sehari demi sehari, bulan berganti bulan dan tahun bersilih ganti (cewahh lame r lak rasenye kn) hihi!! tp mmg betol pn,,, tup! tap! tup! tap! aku dah masuk tahun ke-3 dh kt UUM...banyak memori yang aku dapat semasa kat sini....ade manis, ada yang pahit, ade masam, ade kelat dan macam2 la sampai aku dah x leh nk rase dah semua dh bercampur dh (cam nasi campur yang org korea suke mkn 2 hihi )....eh pe yg aku melalut ni....

    k, berbalik kpd cerita aku td,,, kt sini aku dapat 4 org kawan terbaik aku iaitu JENG5x..yang pertama jatuh kepada sape ek?? ce teke ce teke hahahaha..xde la bg aku same je kawan-kawan aku ni, xde yg plih kasih pn...kawan aku ialah CIK SYIKIN, CIK HUDA, CIK FIZAH dan CIK HAR..kamu semua kawan terbaik aku hihihi..(kamu org sedar x?????) klu x sedih r aku cm ni...majuk setahun huhu...eh xde la gurau je 2...hihi (aku kn baik xpe la klu xnk ngaku kwan aku pn,,, tp aku  tetap anggap korang best friend forever aku....aku sayang korang semua...(korang sayang aku x???) xpe2 jwb dlam hati je ek..klu aku tau,,, nanti aku berbagga lak sbb aku disayangi oleh ramai orang hahaha...(poyo r lak aku ni) hihi..ish3x MILA udoh2 ler melalutnyer,, moh ler kite sambung bercerita ( korang2 cakap la CE CTER CE CTER...cam dlm citer hantu kak limah 2) bru la semangat skit aku nk bercerita ni hehehe..(ish3 ngade2 r lak MILA ni )..xpe2 jom bace cter selanjutnyer..

    meh rapat2 tp duk renggang2 yek...xbaik dekat2 hihi...moh ler aku nk bercerita pasal kawan-kawan aku ni


    hahh ni kawan aku merangkap rumate aku kt uum ni n pada tahun ini hehehe tp kawan dh lame dh (jgn kompius yer hihi) namenye cik syikin atau lebih dikenali dgn pnggilan mnjenye iaitu ken. ken ni asal dari bachok...olo la ore klate mari hihi....same la ngan aku ambik kos Human Resource (HR). ermm dia ni budak yang sdh addict berblog...hari2 berblog smpai aku pn dh terpengaruh utk berblog same..(cian kat saya kn turut menjadi mangsa) ala tp dlm hati jeles jer duk tgok dia org berblog...saye pn turut same mnyertainya hahaha....klu de pape masalah pasai blog,,, ken adalah kaunter pertanyaan kepada member2nyer...hahahah (tol x ken??) iyekn je la cik syikin haha....

    ni lak cik uda merangkap akak aku la sbb dia tua skit dri aku hik2..tp kos same je ngan aku hihi..dia ni org Perak, teman blajo loghat perok ngan dia la meraban teben beno aku ni haha...lantok la asalkan bunyi perok haha (org2 perok jgn mrh ye, sy budak baru nk blajo klu salah tolong tunjukkan hihi) dia ni sound speker aku...klu ade pape jer msti meh blik sound aku..itu ler khoje nyer...klu nk p mne2 ke, sound speker suh cpt dia la...(ish3x suke beno dia ni yek) haha...tp xpe aku suke jer...sbb aku suke dengor dia duk merepek haha...klako gayenye...kak huda jgn mrh yer,,6t cpt tua hik3...

    ermm ni lak cik pizah tp aku lbih suke pnggil dia cik jijah..hihi nape ek? entah la mgkin aku sukakannya haha..dia pn tua la sthun dr aku tp org slalu konpius ingt dia tu budak sem 1..haha lawak la kan.. tp aku tau mesti lam hati dia suke kan seba dia leh pasan dia muda hahah ( jajah jgn mrh yer) tp mmg btol pn dia 2 nmpk cm budak2 jer..pe org kate xlekang dek usia..(ermm awek muda la konon) haha...dia ni hantu PKU UUM, tiap-tiap sem p PKU..ish3x watpe la ek?? ke p mngorat doc kt situ..tau la doc2 kt UUM ni ensem2 haha..(yeke?)..tp rajin orgnyer...rajin pe xtau la rajin ngadap laptop kot..hihi tiap kali aku msuk blik dia je tercegat kat dpn laptop 2...sibuk buat seminar kot (dia kan memanjang jer dgn seminarnye haha) oppss!! terlebih suda..sory gurau jer yang...jgn mare ahh!! hehe...
    ni lak kwn aku gak, leh dikatekan kwn baik aku jgk la (wlaupun awk xrase cm2 huhu) tetibe je sedih..haha xde la ala xksh la blog aku ikot suke aku la nk ckp sape kwn aku kn hahahha...(jgn mare, ngade2 lak aku ni ek..aku pangggg kan haha) k la, ni kwn aku yg sgt suke berjiwang....ermm org paling jiwang pon xjiwang cm dia hihi...tp xpe la dia sukankannya, biarkan dia ngan jiwang nyer....dia ni pemalu tp slalu jer ngan pompuan kn? kn? bkn sorg, bukan 2 tp berempat...(ermm ckup la koata 2 hihi) ish3x.....boya ke?? eh bukan2,, itu la kwn aku yang bernama azhar dan lebih dikenali di kalangan bdk2 UUM ni har..tp dlu2 aku pnggil dia 'zamang' je hahaha...tp itu berzaman dlu la time sekolah dlu..klu nk tau dia ni kwn time skolah aku lg, (tp xtau la cmne leh jd baik kt uum ni, aku pn xphm hihi) tp xpe la kwn gak,, pe org ckp skali kawan selamenye kite akn kawan kn? tol la 2 jgn duk kerut2 kening lak yer hihi..udoh2 la ish3 skit2 jer yer..
    uda,pijah, aku ngan ken
    huda, pijah,ken ngan aku lagi hihi



    aku, pijah, huda ngan har...
    ken sory yer hangpa xde mse ni hihi
    ni la kwn2 aku..korang pn mesti knl kn...semoge persahabatan ini berkekalan sampai bile2 walaupun kite xtahu bile lagi akn bertemu...sedih lak rasenye nak tinggalkan uum ni terlalu banyak memori yang x dapat aku lupakan tp aku akan bawa setiap memori yang tercipta dalam arus hidup aku..semoga segala memori ini dapat mematangkan aku untuk teruskan hidup iinii...kawan aku perlu kamu semua dalam hidup aku bagi meneruskan segala impian yang ingin aku capai..hak2 skema la lak aku ni...k la udoh banyak aku melalut ni..akhir kata dari aku, terima kasih untuk segalanya teman,, hidup aku lebih ceria apabila berada disamping korang semua..korang buat hidup aku cm pelangi la katekan,,,,slalu bergelak ketawa...aku pasti akan rindukan semua tu...thanks a lot,,, I LOVE U ALL VERY MUCH..muahhh2x..:)



    Sunday 20 March 2011

    cinta, kehidupan & dugaannya......

    Cinta..cinta..ramai yg suka bercinta kan? semua orang nak bercinta dan harapkan cinta dari seorang yang sangat mereka sukai..jangan risau, semua orang macam tu,, aku pn camtu hehe.. Kalau budak sekolah tu kita cakap cinta monyet la kn..tapi monyet pun janganlah sampai kita jadi macam monyet sampai tak tahu mana tindakan manusia atau tindakan monyet. Tulah dugaan cinta..kita semua akan diuji dengan cinta.Ramai juga yang mati atau bunuh diri sebab cinta..Betul kan? Semuanya sebab tak mampu nak menampung dugaan cinta ni..tapi ada nampak ke cinta tu? takde kan? tu semuanya di hati..jadi jagalah hati sebaik-baiknya untuk mendapat atau memberi cinta yang sebaiknya.. jangan kita dikawal hati..dibawah ni ada la cerita-cerita cinta yang kite semua mesti akan laluainya kn?? jom tengok rase2 btol x? same x ngan pengalaman korang semua...
                      
    1. Zaman sekolah rendah: Kita mula suka kat seseorang. kat sini cinta atau hati mula mencari seseorang untuk kita sukai atau cintai..ni memang cinta monyet sebab apa kita suka hanyalahkecantikan dan kegayaan perempuan @ lelaki itu je kan??
    2. Zaman sekolah menengah: Masa nilah cinta bertukar menjadi nafsu..ishh3x,,,tu bahaya sebab kebanyakkan cinta diuji oleh Syaitan dengan nafsu..jika tak dapat kawal, kita akan merana seumur hidup..ramai juga yang terlanjur..ramai juga yang berakhir di rumah jagaan..ramai juga yang terbuang anak dimerata-rata dan mencipta dosa seumur hidup..nauzubillah..minta jauh sangat
    4. Zaman Nak Kahwin: wahhh masa nilah dugaan cinta sangat besar.. perasaaan kita akan jadi tawar, manis, manis, pahit dan macam2 lagi lah..kenapa? sebab syaitan duga hati kita untuk cuba tidak mendirikan rumahtangga..walaupun asalnya tadi dia suruhkan? tapi masa bila macam dah konfirm nak kahwin, setanlah akan gundah gulana..tadi rupanya dia acah-acah kita je untuk suka berkahwin..masa dah siap kad kahwin, lagi teruk dugaan dia bagi tau..nanti korang yang nak kahwin tu tahu lah macamana..yang dah kahwin, mesti dah faham situasi ni..tapi jangan risau,  ingat KEYWORD ini: Biar kita kawal hati tapi buka hati yang mengawal kita. Ingat, dia pilihan kita, jadi tetapkan iman dan hati..insyallah selamat
    5. Zaman Mula Berkahwin: mula-mula memang syok sebab apa yang kita rancang dah berjaya..dah boleh duk serumah..dah boleh pegang tangan atau apa sahaja tanpa malu lagi :) …tapi dugaan syaitan ni takkan habis punye..dah duk serumah, mulalah si setan ni nak mengganggu..dia akn buat kita rasa terkongkonglah..rasa bini atau suami busybody lah..dan macam2..kalau duk rumah mertua tu, lagi kuat dugaannya..hoho..jadi fikirlah yang terbaik untuk family kita dan KEYWORD nya ialah: Selalu bersyukur dengan apa yang ada dan kawal hati untuk tetap pada yang satu..
    6. Zaman Dah Lama Kahwin: kekadang tak lama pun sebenarnya..tulah dugaan untuk cari lain..hoho..ni paling teruk tau..sebab kejayaan syaitan yang optimum ialah dapat meruntuhkan ikatan perkahwinan..hoho..tu kira kejayaan terbaiklah tu, boleh beri anugerah dah tu..jadi tulah si syaitan ni uji kita macam2..nauzubillah..masalah ni iman dan hati kita kena kawal sebaiknya. Sebab hati yang leka akan mudah dikawal syaitan..
    Insyallah..rasanya kita semua dah nampak kan? ni nasihat untuk saya dan kita semua..saya juga insan tak sempurna dan jahat..tapi tak semestinya kita ni tak boleh berubah ke arah kebaikan..Ingat: Jangan biarkan hati mengawal kita tapi kitalah yang mengawal hati..Wallahualam..

    Thursday 17 March 2011

    Ermmmm,,,,nak tau no tepon korang?? meh cuba ni.....

    kalau la satu hari tetibe korang terantuk kepala n x semena2 terlupe no tepon korang..korang leh cube cara ni...try tgok same x dgn no tepon korang????
    selamat mencube hihihi....

    Langkah 1:
    Masukkan 3 digit pertama no. tel bimbit anda ( tidak termasuk 01X)

    Langkah 2:
    Kali dengan 80 ( X 80)

    Langkah 3:
    Tambah dengan 1 ( + 1)

    Langkah 4:
    Kali dengan 250 ( X 250)

    Langkah 5:
    Tambah dengan 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

    Langkah 6:
    Sekali lagi Tambah 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

    langkah 7:
    tolak dengan 250(- 250)

    langkah 8:
    Bahagi dengan 2 ( /2)

    Apakah no Tel Bimbit anda?
    same x???